TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Sunday, March 23, 2014

Tips Mengoreng Sotong

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ada sesiapa yang minat sotong goreng? Ha...tentu ramai yang suka, mana tidaknya memang sedap. Sebelum ini dah beberapa kali menggoreng sotong, asyik kena percik minyak ajae. Kalau jadi taukeh sotong goreng, mau muka berbekas sebab terkena minyak hehe...

Setelah bertanya pada kawan dan google , akhirnya misi menggoreng sotong telah berjaya. Tengok aje rupa sotong goreng saya...






 Ha..nampak sedapkan?..

Resepinya :
1. Sotong, buangkan kulitnya , potong ikut kesukaan, campurkan sedikit garam dan toskan selama 1jam atau lebih..
2. Ambil satu biji telur, kacaukan. Celupkan sotong yang telah ditos tadi . Kemudian masukkan sotong yang telah dicelup dengan telur tadi ke dalam tepung goreng. Tepung ini mengguna tepung goreng yang ada dijual di pasaran. PAstikan semua bahagian sotong dibalut denga tepung, kemudian goreng sehingga garing.

Selain dari itu, kita boleh membuat campuran tepung dengan campuran tepung gandum,sedikit tepung beras, secukup rasa dan kari  (optional )

Untuk sos mayonis , cuma campurkan majonis dengan sedikit susupukat.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment