TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Wednesday, December 11, 2013

Kuih Kosui Step By Step

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ada tak peminat kuih kosui kat sini. Kalau ada yang minat boleh cuba resepi ini. Resepi ini saya cuba setelah browse beberapa resepi kat internet. Sorry terlupalah nak note nama blog resepi ini.

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung sago
2 cawan tepung gandum
7 cawan air ( cadand tambah 1 cawan lagi)
1 cawan gula
1 cawan gula melaka (saya guna 4 sudu mkn gula apong)
1 sudu kecil kapur

Cara membuatnya :
1. campurkan tepung sago, dan tepung gandum ,gaul. Masukkan 3 cawan air dan 1 sudu kecil kapor Gaul hingga rata dan tiada ketulan tepung.



2. Didihkan 4 cawan air bersam 1 cawan gula dan 4 sudu makan gula apong. Biar sampai mendidih


3. Tuangkan air gula yang mendidih ke bhg 1 dan gaul rata, tiada ketulan tepung.


4. Maukkan adunan ke dalam cuan dan kukus hingga masak





5. Setelah sejuk, boleh masukkan dlm peti sejuk sekejap, agar  mudah untuk potog. Sementara itu, boleh pautkan kelapa. Setelah kuih dipotong, gaulkan dalam kelapa parut.

Nampak menyelerakan... rugi kalau tak cuba..





Komen :
setelah mencuba, resepi ini memang menjadi. Saya suka kosui yang lembut, so next time, saya akan tambah 1 cawan air lagi. Buat kosui ikut resepi ini memenag menjadi. anda pasti tak akan kecewa.
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment