TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Friday, December 13, 2013

CHOCOLATE CHIP COOKIES ALA FAMOUS AMOS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
ramai yang meminati famous amos cookies. Termasuklah anak saya, pantang lalu kat depan famour amos, mesti nak beli. Dahlah harga taklah murah sangat.  Resepi ini, adik yang bagi. Dia dapat dari internet juga, tapi dia tak catit pula link nya. Minta maaf pada yang empunya resepi tak acknowledge kat sini. Semuga Allah saja membalas kesudian dia share resepi kat internet.

Ha..ini dia cookies yang saya buat, ada rupa famous amos tak?




Kalau makan dengan ice cream vanilla, sampai orang lalu sebelah pun tak nampak.. sebab terlalau sedap hehe...


Ada yang teringin nak makan nampaknya..
Oklah nanti saya sharekan resepinya :

Bahan-bahan :
1 cawan gula ( saya kurangkan sebab tak mau manis sangat)
1 cawan padat gula perang
1 cawan mentega ( 150 gm )
1 cawan minyak masak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan tepung gandum
1 sk garam
1sudu kecil cream of tatar
1 sudu kecil Baking Soda
1/2 cawan walnut
2 cawan semi sweet chcolate chips
1 sudu kecil vanilla

Cara membuatnya:
1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanilla hingga sebati.
2. Masukkan bahan-bahan kering. Gaul rata.
3. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. griskan dulang tu dulu.
Bakar pada suhu 180 c dalam masa 15 minit. ( saya guna oven gas  saja)

Note:
Cookies ini agak manis, boleh kurangkan gula kepada 1/2 atau 3/4.
Adunan agak lembik , cookies ini agakrapuh, jika nak keras sedikit, boleh tambahkan tepung.
Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment