TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Monday, December 16, 2013

Nasi Ayam Special Step by step





Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kalau cuti-cuti tag pergi mana-mana , jawapannya memasaklah. Kalau nak makan kat luar dahlah mahal belum tentu sedap dan bersih, terutama kedai makan yang kita tak pernah makan di situ sebelumnya. Kalau ada masa, lebih baik buat sendiri, dah tentu lebih jimat dan pasti lebih sedap.

Nasi lemak yang saya buat ni, tak cukup bahan sebab tak ada salad dan timun.

Mungkin ada teman-teman yang suka nasi ayam dan tak pasti macam mana nak buat. Saya share esepi ini untuk panduan anak  dan teman-teman. Tak perlulah nak call saya, just refer kat blog aje. Lebih mudah . Diharap apa yang saya share di sini dapat anda manfaatkan ilmu tersebut. insya Allah akan menjadi rujukan, walaupun saya dah tak ada.. Semuga saya mendapat pahala dari sedikit ilmu yang saya share di sini.

Bahan-bahan:
5 1/2 tin susu beras wangi. Cuci dan toskan.

1  atau 1/2 ekor ayam
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 inci halia
2 helai daun pandan
2 sudu makan majerin
sedikit rempah tumis
kicap cair
minyak bijan
2 ketul kib ayam




Sup Ayam;
Untuk membuat nasi ayam, kena buat sup ayam dahulu. Kata orang, kalau sup ayam tu sedap, maka sedaplah nasi ayam tersebut.
Panaskan minyak, masukkan rempah tumis dan masukkan 2 biji bawang merah, 1 inci hali dan 2 ulas bawang putih yang telah ditumbuk. Kalau nak sedap, boleh tambahkan bawang putih. Setelah bahan yang digoreng tadi kekuningan, masukkan air, dalam 12 tin susu. Kemudian masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa.

Kemudian masukkan ayam yang telah dibelah dua. Biar dalam 15 minit dan keluarkan dari dalam sup tadi.



Penyediaan Ayam:
Ayam yang telah direbus tadi. Digaul dengan bahan yang telah ditumbuk terdiri dari 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 1 inci halia. Gaulkan rata, boleh campurkan dengan kicap cair juga. Perap sekejap

Setelah itu, gorengkan ayam sehingga masak.

Setelah masak, potongkan ayam, Percikkan kicap cair dan minyak bijan pada ayam yang telah diletak di pinggan.

Penyediaan Nasi Ayam :


Untuk menyediakan nasi ayam, yang penting air kena betul sukatan, kalau tak..nanti nasi akan lembik. kalau dah lembek, memanglah dah tak sedap.

Bahannya :
4 1/2 tin susu beras yang dicuci dan dibilas.
2 ulas bawang merah bersaiz besar, lagi banyal lagi sedap.1 inci halia
2 ulas bawang putih
2 sudu majerin
2 heali daun pandan.
5 tin susu sup ayam
rempah tumis ikut suka, saya tak letak..sebabtak suka bila tergigit rempah tu..

Ikut gambar kat atau tu..cairkan majerin, masukkan bahan yang ditmbuk..goreng hingga naik bau.. masukkan beras, kacau sekejap. Masukkan sup dan tutup periuk dan biar hingga masak.

Kena buat sambal, barulah lagi enak.

Sambung lagi cerita nasi ayam.
Sambal nasi ayam :
5 biji cili hidup
4 ulas bawang puith
3 biji limau buang bijinya
gula dan garam secukuop rasa... sedikit cuka jika air llimau kurang masam..

Cara :
Blendkan semua bahan diatas dan masak sehingga mendidih.

Boleh tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment