TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Tuesday, December 17, 2013

Kuih Roti Mary

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
bila cuti -cuti begini, mulalah cari apa nak buat. Rasa rimas saja kalau tak buat apa-apa. Beberapa hari lepas anak minta buatkan kek roti mary. Sebenarnya ada beberapa versi kek jenis ini. Yang saya biasa buat menggunakan telur.
Hari tu jumpa kawan dan ceritalah kat dia nak buat kek roti mary. Dia tanya, saya buat resepi yang mana satu. Dia cadangkan saya cuba resepi ini, katanya famili dia suka jenis ini. Lebih rangup katanya. Senang je nak buat, lebih senang dari resepi yang saya biasa buat . dan rasanya memang sedap. Baru buat semalam, hari in dah tinggal sedikit, sebab budak-budak tu suka hehe..

Bahan-bahannya :
2 bungkus roti mary (bahagi 2 - tak perlu guna semua)
1 tin susu pekat
200 gm milo / vico ( mungkin vico sedap lagi kot)
200 gmkacang tanah gorng tanpa minyak, buang kulit dan kisar rata)
coklat paste untuk dapatkan warna coklat ( saya tak guna)
2 sudu makan butter



Caranya :
masukkan susu dan butter dalam  bekas yang besar dan gaul hingga sebati. Kemudian masukkan milo dan sebuk kacang tanah tadi. Setelah sebati, masukkan roti. Masukkkan sehingga semua roti terkena adunan susu tadi. Kantiti roti yang diguna bergantung kepada adunan susu tadi. Pastikan semua roti disalut adunan susu tadi

Sediakan acuan. Lapik acuan dengan plastik untuk memudahkan kita mengeluar dari acuan nanti. Maukkan bahan tersebut e dalam acuan dan tekan hingga padat. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah lebih kurang 4 jam, keluarkan dan boleh dimakan. Umm... memanglah sedap. Tak rugi mencubanya

Notes:
Rasa kek ini memang sedap, itu saya tak nafikan, cuma yang tak bestnya susah sikit nak potong, agak keras kerana biskut mary ni masih rangup. Agak comot bila dihidang. Tapi kalau kurangkan roti mungkin ok kot. Tengoklah gambar kek yang saya ambil ni.

No comments:

Post a Comment