TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Sunday, December 29, 2013

Kek Buah Kukus Step By Step



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
mungkin ada penggemar kek buah di sana. Kek buah ni, kek kegemaran ibunda. Kalau cerita tentang kek semua dia tak suka, kecualilah kek buah. Kalau buat sebiji , gerenti habis..sbab dia suka. Kat Sarawak, terkenal juga dengan berbagai-bagai jenis kek buah. Ingat masa kecil -kecil dulu, bila menziarahi saudara mara semasa musim raya...setiap rumah pasti ada menghidang kek buah. Yang bestnya, kek tersebut dihidang sebiji, hirisan kek yang telah dipotong disusun berdekatan dengan kek. Biasanya kek buah ini, dipanggil kepala meja. Yang bestnya, kek buah ini boleh tahan sampai 6 bulan, walaupun tidak disimpan didalam peti sejuk. Itu kek orang dulu-dulu.

Kali ini nak share resepi kek buah yang dari  Mat Gebu. Nampak mudah nak membuatnya;

Bahan-bahannya:
375 gm buah=buahan campur
250 gm mentega
300 gm tepung gandum
1 sk Baking Powder
1 sk cream of tatar
3 biji telur gred A
150 gm brown sugar
150 gm gula pasir ( hanguskan)
1/4 cawan badam
1 biji buah pala- tumbuk

Cara membuat ;
1. Pukul mentega dengan gula perang hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.


2. Sementara itu campurkan buah-buahan dengan tepung, Baking Soda dan Cream of Tatar seperti di bawah.


3. Kemudian masukkan adunan tepung dan buah-buahan campuran ke dalam adunan mentega tadi. Gaul rata.

4. Panaskan gula untuk dihangus, bila dah cair dan warna agak gelap, campurkan ke dalam adunan kek tadi. Gaul hingga rata. Kemudian masukkan ke dalam acuan

5. kukus selama 4 jam.

Kata mat Gebu, kek tu akan lebih sedap selepas beberap hari. Nanti saya akan ambil gambar kek tersebut selepas beberapa hari.

No comments:

Post a Comment