TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Monday, December 30, 2013

Chicken Boxing

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kali ini nak share cara buat chicken Boxing. Ini bukan saya yang buat, ini hasil kerja adik ipar. Saya ambil kesempatan saja..hehe..ambil gambar.

Macam-macam je nama menu..ini sebagai daya penarikan. Walau apapun, memang ada rupa boxing hehe..



Ini terlebih masak, 

Cara membuatnya :

1. 10 ketul sayap ayam , Bhg hujung sayap tidak diguna. Kita hanya guna bahagian pangkal sayap. Tolak isi ayam sehingga nampak tulang seperti di atas. Hari tu terlupa nak ambil gambar cara bentukkan seperti boxing.

2. perapkan isi yang yang telah dibentuk tadi bersama 1 sudu tepung gandum, 1 sudu tepung jagung , sedikit lada hitam dan sebiji telur. Perapkan sekejap . Lagi lama diperap lagi sedap.

Salut ayam yang telah diperap dengan bread crumb sebelum menggoreng..



3. Keluarkan isi ayam tersebut dan balut dengan bread crumb. Kemudian goreng dengan api yang sederhana sehingga masak. Hidang bersama mayonis yang telah dicampur dengan sedikit sos.

Selamat mencuba...



No comments:

Post a Comment