TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Sunday, December 8, 2013

Mee Bawang Merah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khar semua. Pernah tak ada ketika kita rasa malas nak masak. Rasa macam tak ada mood nak masak. Sebagai seorang ibu, walau macam mana malas pun, kita kena juga masak untuk famili. Adoi..kalau perasaan malas tu datang, masak apa pun memang tak menjadi.

Ok, kali ini nak share resepi yang paling mudah dan sangat mengenyangkan. Bolehlah cuba masa perasaan "M" tu menjelma. Ini saya yang pandai-pandai beri nama meebawang.


 mm..ini memang betul-betul mode malas, sampai tak sempat nak ambil gambar mee yang telah dihidang. Kalu nak hidang, boleh hias dengan hirisan daun bawang. Boleh juga letak udang dan apa-apa ikut kerajinan masing-masing. Hari ini saya buat mee semata-mata dengan bawang merah saja hehe..

Caranya:
1. Hiris bawang merah dan gorengkan dengan mainyak masak. Setelah bawang kekuningan, tutupkan api. Masukkan sedikit garam, kicap cair atau sos ikan, secukup rasa, sedilkit serbuk lada . Kacau sebati. Kuantiti yang dibuat bergantung kepada banyak mana mee yang kita nak buat.

2. Celurka mee telur. Buang airnya. Ini disediakan kemudian toskan dan masukkan ke dalam bekas minyak abawang tadi. Buat ikut cara kita buat mee goreng segera. Gaulkan mee tadi sehingga sebati. Kemudian, apa lagi boleh makan. Mudahkan.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment