TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Sunday, December 8, 2013

Mashed Potatoes Lebih sedap dari kat KFC

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini nak share makanan kegemaran anak muda sekarang termasuklah saya hehe. Kalau asyik nak beli kat KFC  selalu sangat agak mahal juga. Kalau buat sendiri lagi best, boleh makan puas-puas.
Tak sangka rupanya senang nak buat mashed potatoes ni. Resepi yang saya share ni , saya dapat ari ramcangan masakan yang popular di AFC ..siaa tak kenal dengan Nigella. Ha..ini resepi dia lah...

Mudah saja,

Bahan-bahannya :
6 biji kentang yang sederhana besar ( ikut berapa banyak nak buat hehe)
2 sudu mentega
3 sudu whipping cream
garam secukup rasa
serbuk perasa
serbuk lada hitam

Cara membuatnya :
1. Cuci bersih kentang dan buang kulitnya. Kemudian rebus hingga empuk. Kalau suka rasa bawang putih, bolehlah guna seulas bawang putih dan rebus sekali dengan kentang. Ini optional. Saya tak guna bawang puith.
2. Setelah kentang empuk, lecekkan kentang . Ini boleh dilakukan dengan menggunakan penapis. Kalau lecek guna sudu, nanti mashed potatoes kita tak halus. Kalau kita ada alat seperti dibawah lagi mudah. Tak perlu buang kulit kentang tu. Cuma masukkan kedalam alat ini dan kepitkan. Kulit kentang akan tertinggal dalam bekas ini.






Ini bahan yang saya guna :


Ini pula whipping cream yang saya guna



Kentang yang telah dilecek atau ditapis.



3. Kentang yang telah ditapis tadi disimpan dalam periuk, campurkan mentega dan whipping cream. Panaskan dengan api yang kecil hanya untuk sebatikan adunan kentang lecek tadi. Boleh guna senduk ataupun whisk. MAsukkan serbuk peras, serbuk lada hitam dan garam. Whipping cream boleh ditambah jika nak kentang yang sedikit lembek. Ikut cita rasa masing-masing.


Masukkan mentega..



Masukkan whipping cream


ok, kentang lenyek dah wallah...sedap..lebih sedap dari kat KFC. Kalau ada sos barulah lagi sedap.




Saya tak cuba lagi resepi.. resepi saya ambil copy paste  sini
Terima kasih hanfzuan, share resepi ni.

Gravy @ Sos 
Bahan-bahannya: 
1 labu bawang besar.
2 ulas bawang putih (ketuk dan chopped)
4 sudu butter 
2 sudu tepung jagung 
2 cube ayam maggie
lada hitam/sulah
2 cawan air

Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali. Tumis bawang. Biarkan dia caramelized. Kasi hangus-hangus sket.
2. Masukkan tepung jagung. Tumis sampai tepung warna coklat. Atau sampai warna gravy yang dikehendaki.
3. Masukkan air. Kacau sampai rata .
4. Pecahkan cube ayam tadi dan masukkan dalam kuah. Masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat. Tambah air. 
6. Kacau rata. Tutup api. Masukkan kuah dalam blender. Blender sampai tak berketul. Hidangkan bersama mashed potatoes.


Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment