TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Monday, February 24, 2014

Muffin Pisang Sedap Step By Step

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini nak share resepi muffin pisang. Nampak banyak pisang kat dapur tu, dah terlebih masak. Nak makan macam tu aje, tak sedap.. Sebnarnya dari pisang ini, banyak kuih boleh kita buat. Yang paling mudah..tentulah cekodok pisang hehe.

Tapi kali ini nak buat muffin pisang atau nama glamournya Banana Muffin hehe. Resepi ini, rasanya saya google kat internet tapi tak ingat pula sumber rujukannya..




Bahan-bahannya :
Bahan A :
400 gm mentega yang dicairkan
6 biji telur
200 ml susu segar

Bahan B :
600 gm pisang, lecekkan
400 gm gula, saya guna 300gm
1 sudu kecil garam

Bahan c :
550 gm tepung
2 sudu kecil Baking Powder
2 sudu kecil Bicarbonate Of Soda


Cara :
1. Masukkan telur dalam mentega yang dicairkan, kacau. Kemudian masukkan  susu segar. Pukul lagi. Masukkan gula dan garam.


2. Masukkan garam didalam pisang yang dilecek tadi.
3. Masukkan pisang yang dilecek tadi ke dalam adunan mentega. kacau rata.
4. Masukkan Baking soda dan bicarbonate of soda ke dalam tepung. Masukkan ke tepung ke dalam adunan mentega tadi. Gaul secara sederhana saja.
5. Masukkan ke dalam acuan muffin dan bakar.



Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment