Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mee hoon ni makanan kegemaran saya. Persoanlly, saya rasa mee hoon ni lebih sihat dari mee kuning. Hehe..saja nak menyedapkan hati.. Apa-apa makanan pun sihat, yang penting ambil dalam kuantiti yang minima dan cara kita menyediakan makanan tersebut.
Yang tidak dapat dinafikan, memasak sendiri sudah pasti lebih bersih, sihat dan lebih jimat hehe.. Al maklumlah hagra barang dah naik, kenalah pandai berjimat..kalau tak lari bajet..
Saya sebenarnya tak berapa mahirmenggoreng mee hoon. Bila buat mee hoon goreng pasti kecewa kerana mee hoon tu ada kalanya macam getah..gigitpun tak putus. Ada kalanya keras , sakit tekak nak telan mee hoon tu.
Ha..ini tips dari teman yang mahir menggoreng mee hoon. Katanya, pastikan mee hoon tersebut dicelur dengan air panas sekejap. Jangan lama sangat nanti lembik, masalah juga. Ada yang memberitahu, rendam sekejap dengan air paip. Bila dah agak lembut, rendam dengan air panas sehingga lembut dan toskan, sudah pasti bila digoreng mee hoon anda akan lembut.
Kala dah lulus bab melembut mee hoon, saya nak share satu resepi yang sangat senang dan ringkas. Bahan pun tak banyak diguna. Amat sesuai untuk orang yang suka masakan yang ringkas.
Bahan-bahannya:
1 bungkus mee hoon- rendam sehingga lembut
garam secukup rasa
sedikit serbuk kiub ayam
kicap cair secukup rasa
4 keping cendawan kering, rendamkan dan hiris nipis 9 cendawan yang biasa kita buat sayur campur tu )
1/2 - 1 biji lobak merah -hiris halus
sedikit kobis juga dihiris
segenggam udang kering, rendam dan tumbukkan.
sedikit minyak untung menggoreng
1-2 biji telur
2 ulas bawang putih -tumbuk
2 biji bawang merah- tumbuk
Cara :
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik baunya.
3.Kemudian pecahkan telur, goreng hingga sebentar. Kemudian masukkan udang kering, goreng hingga naik bau. Masukkan garam dan serbuk kiub ayam.
4.Kemudian masukkan mee hoon, goreng sebentar.
5. Akhir sekali masukkan cendawan, lobak merah dan kobis. Goreng hingga sebati. Jika kurang masin, boleh letak kicap masin.
Senangkan?
No comments:
Post a Comment