TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Friday, January 31, 2014

Roti Bom

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini nak share resepi ibunda. Masa kami adik-beradik masih kecil dulu, mak biasa buat kuih ini untuk dijual. Maklumlah adik beradik ramai dan gaji ayah masa tu memanglah tak cukup . Wang hasil jualan dapat dijadikan perbelanjaan harian kami.

Mak panggil kuih ni roti bom.. Pelikkan nama tu. Tak pernah pula tanya, banyak-banyak nama kenapa pilih nama tu..Roti Bom. Mungkin sebab dia mcam bom kot, bila digoreng roti ia mengembang macam bola hehe..







Kena buat 2 bahagian iaitu adunan tepung dan inti.

Adunan tepung :
500 gm tepung gandum
1 tin susu air suam
2 sudu makan gula
2 sudu kecil yis
1 sugu makan majerin
1/2 sudu garam
1/2 sudu key (bahan yang diguna untuk merendam sotong kering. Ini optional, kalau tak letak pun tak apa)

Gaulkan semua bahan ini sehingga sebati dan membentuk adunan yang lembut. Biarkan selama 45 minit atau sehingga adunan mengembang 2 kali saiz

Inti :
300 gm kobis putih, hiris halus
2 ulas bawang putih dan 3 ulas bawang merah, juga dihiris halus
1,2 sudu kecil kari
garam secukup rasa
serbuk perasa jika nak
sedikit minyak untk menggoreng ( 2 sudu makan)

Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang merah, goreng hingga naik bau. Kemudian masukkan sebuk kari, goreng lagi. Kemudian masukkan kobis dan goreng hingga layu. Masukkan garam dan serbuk perasa. goreng hingga sebati. Toskan .

Adunan tepung yang dah kembang tadi , adun semula untuk buangkan anginnya. Bahagi kepada beberapa bahagian yang sedang besar. Leperkan adunan tadi, masukkan inti yang telah ditos tadi dan leperkan adunan tersebut. Letak atas dulang. Buatlah begitu hingga selesai.

Tunggu lebih kurang 15-20 minit sehingga adunan yang kita bentuk tadi sedikit kembang. Kemudian panaskan minyak dan goreng macam kita menggoreng donut.

Itu saja, mudahkan.

No comments:

Post a Comment