TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Friday, February 14, 2014

Cakoi Mudah

Asalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ini nak share respi cakao pulak. Walaupun cakoi ni tak cantik seperti yang di jual, rasa bangga sebab hasil tangan sendiri. Yang penting anak-anak suka. Kalau kita buat sendiri sudah pasti kebersihannya lebih terjamin.

Bahan-bahannya :
500 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis
1 biji telur
1 sudu baking powder
1/4 sudu kecil serbuk alum
1/4 sudu kecil key ( serbuk untuk rendam sotong )
1 sudu kecil garam
1 sudu serbuk perasa ayam
2 ulas bawang putih, tumbukkan

Cara :
1. Dalam satu bekas, masukkan kesemua bahan kering, gaul rata.
2. Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk, masukkan telur, gaul lagi
3. Masukkan air secukupnya sehingga adunan lembut , tidak melekat dicari. Gaul sehingga doh sebati.
Biarkan selama 1/2 - 1 jam, sehingga adunan mengembang sekali ganda.
4. Bila telah kembang, adun semula untuk keluarkan anginnya. Dan bentuk seperti di bawah.
5. Setelah kembang, bolehlah digoreng.


Canaikan doh memanjang, lepas tu potong sederhana lebar. Kembarkan seperti di bawah.



Bila dah kembang, bolehlah digoreng..






Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment