TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Friday, January 31, 2014

Sotong Goreng Mayonais

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Ada tak peminat sotong goreng di sini? sekarang ni kalau baca post orang kat fb semua mengadu harga barang dah naik. memang betul, kalau dulu beli sotong goreng RM3, tapi sekarang ni, kalau beli RM5, tak sampai sepuluh ketul..cukup untuk makan seorang aje.

Bila harga dah naik, mulalah nak buat sendiri hehe.. kalau buat sendiri, beli 1 kg sotong yang saiz besar berharga dalam RM8 , kalau goreng semua.... makan 6 orang pun tak habis.

Yang paling tak suka bila goreng sotong ni, minyak merecik.. adoi..minyak panas ni kalau terkena kulit, memang melecur..

Saya Google juga tip untuk mengelakkan minyak merecik masa menggoreng sotong. Antara tip yang boleh diguna:
pastikan semua kulit sotong tu dibuang , kemudian toskan. ada yang suggest keringkan dengan tisu sebelum dicelup dalam telur, tapi tospun sudah memadai..
celup sotong dalam telur dan kemudian celup dalam tepung goreng yang baisa dijual atau boleh mengguna campuran tepung gandum, beras dan tepung jagung. Boleh campurkan dengan sedkit serbuk perasa.

Setelah dicelup dengan tepung goreng dalam minyak yang sderhana panas.

Untuk cicah campurkan mayonais  dengan sedikit susu pekat.. Memang sedap sotong goreng cicah dengan mayonais.








No comments:

Post a Comment