TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Sunday, November 3, 2013

Sambal Hijau

Assalamualaikum, selamat malam..
Kali ni nak share resepi sambal hijau, masakan Padang. Hari tu masa lawatan ke Medan setiap kali makan, mesti ada sambal ni. Memand sedap. Balik dari sana tercari-cari resepi ni. Nasib baik adik share resepi ni dari buku masakan...

Ini gambar sambal hijau yang saya ambil masa kat Medan..


Ini pula yang saya buat, memang nampak tak menyelerakan tapi rasanya dah ok.. lain kali kalau nak buat, kena tumbuk, jangan guna pengisar hehe... Tengok pun tak selera. tak apa, percubaan pertama, lain kali jangan guna pengisar.   satu lagi, saya ni tak tahan pedas, so untuk sesiapa yang tak tahan pedas, bolehlah buang bahagian tengah cili tu.. nanti taklah pedas sangat sambal tu.


Mungkin ada yang teringin nak buat sambal ni, senang aje..

Bahan :
250 gm cili hijau
1 -10 biji cili burung
2 biji tomato hijau
4 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
50 gm udang kering
sedikit sos ikan, tapi saya tak guna
minyak masak untuk mengoreng

Car membuatnya;
semua bahan dikukus sehingga lembut. Kemudian ditumbuk. Akhir sekali gorengkan..
Ha..dah pun siap, senangkan ?
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment