TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Monday, November 4, 2013

Kek Kereta

Assalamualaikum ,
Gambar diambil beberapa minggu yang lepas. Tulah asyik nak bertangguh...sekarang baru nak update blog. Ini kali ketiga saya membuat kek hiasan dengan fondant. Kali ini agak mencabar juga sebab pelanggan inginkan kek berbentuk kereta.
Sebelum membuat kek ini, perkara pertama yang saya buat adalah..google kat internet..hehe.. mcam biasalah. Orang kata maklumat di hujung jari..tulah dia..
Ada berbagai-bagai bentuk kek kereta. Kena buat decision jenis mana yang nak buat.

Kek yang saya buat kali ini tidak memuas hati saya. Permukaan kek tak rata, walaupun bentuk kereta boleh diterima. Pada pendapat saya, permukaan tu tak licin mungkin disebabkan fondant yang saya guna agak nipis. Setelah saya google, ketebalan yang paling sesuai untuk fondant adalah 1/8 - 1/4  inci. Kalau ketebalan fondant sesuai, permukaan kek akan jadi lebih licin.




No comments:

Post a Comment