TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Saturday, November 9, 2013

Apam Balik Gebu

Assalamualakum, salam sejahtera..
Tadi balik dari pasar tengok orang jual apam balik. Kalau yang saiz besar tu harga dalam RM3 atau lebih sebiji. Kalau nak beli, sure satu biji itu tidak cukup. Kenalah beli sekurang-kurangnya 2 biji..dah RM6. Zaman sekarang ni, barang semua dah naik harga. Lebih baik buat sendiri dah tentu lebih jimat dan pasti kebersihannya lebih terjamin sebab kita buat sendiri.

Saya tak pernah buat apam balik sebelum ni, tapi acuan tembaga memang ada. Beli zaman universiti dulu. Sekarang entah beralah harga acuan tu. Sebelum buat, belek-belelk resepi di internet. Wah... ada macam-macam resepi. Tapi ibu zaman muda-muda dulu pandailah buat apam balik. Tapi dah lama tak buat dia pun tak ingat resepinya. Yang dia ingat, ada guna yis. Ada resepi yang saya tengok guna yis, ada yang tidak. Dari banyak-banyak resepi tu, saya lebih yakin dengan resepi dari idealrecipe.blogspot . Tapi saya tak ikut resepi tu 100%. Ini kali ketiga saya buat apam balik ni. Ini resepi yang saya guna, macam biasalah modify ikut selera sendiri


Walaupun mukanya tak licin, tapi rasanya sedap dan lembut. Biasa buat memang licin.

Bahannya :
250 gm tepung gandum
80 gm gula
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh Bocarbonate of Soda
1/2 sudu teh yis
1 biji telur
300 ml air
50 ml minyak masak atau minyak jagung

Inti :

1. Kacang Tanah:
Kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, dibuang kulit , dikisar dan dicampur gula secukupnya

2. Krim jagung :
1 tin sweet corn
1/2 cawan susu segar
2 sudu meja gula
1 biji kuning telur
2 sudu meja tepung kastad
Campurkan semua sekali, bila dah sebati, masukkan dalam kuali dah masak hingga pekat. Bila dah sejuk baru diguna.

Tapi saya belumlah guna inti krim jagung ni, hanya catakan sini untuk rujukan. Tak perlulah nak google lagi nanti.

3. Coklat Urai - ini juga boleh ditambah dalam intinya. Ikut selesa masing-masing

car membuat adunan:
1. Campurkan semua bahan kering dan gaulkan rata
2. Masukkan telur dan air dan gaul hingga sebati. Biarkan selama 1 jam sebelum membakarnya.
3. panaskan acuan atau kuali non stick, masukkan 1 senduk adunan, biar sekejap, kemudian taburkan inti ikut selera masing -masing. Biarkan sekejap, kemudian lipatkan. Tunggu sekejap, bila masak, angkatkan.

Mudahkan membuatnya.Kalau tak pasti lagi, pergi ke pasar malam dan buatlah pemerhatian hehe..
Selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment