TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Monday, September 10, 2012

Kuih Penyaram



Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini nak share resepi kuih tradisional orang sarawak.  Kuih ini seakan-akan kuih topi tapi yang ini lain sikit. Bukan mudah untuk membuatnya. Walaupun kita ikut resepi yang betul, kadang-kadang tak menjadi juga bergantung kepada gula nipah atau orang sarawak panggil gula apong yang digunakan.

Di sini saya sharekan tips untuk membuat kuh ini. Kalau semasa mengoreng adunan itu, ia mengelembung , maknanya tak cukup gula. Jika ia meleper dan tak kembang, maknanya terlebih gula. Kalau salah satu dari perkara ini berlaku, kenalah adjust adunan tu. Caranya, jika kurang gula, kenalah tambah gula. Jika terlebih gula, tambah air dan tepung.

Bahagian bawah kuih, nampak bonjolan adunan yang keluar semasa menggorengnya.



Kuih itu menjadi jika semasa menggoreng , adunan akan keluar dari bahagian tengah kuih tersebut, macam gunung berapi hehe...

Tengok video ni...




Bahan-bahannya:
1 tin susu  air
1 tin susu tepung gandum
1 tin susu tepung beras
2 sudu makan gula apong/ gula nipah
3 sudu makan gula

Cara membuatnya :
1. campurkan tepung gandum dan tepung beras. masukkan air , gula apong dan gula dan gaul hingga tiada ketul-ketul tepung atau gaul hingga sebati. Biarkan sekurang-kurangnya 6 jam barulah menggoreng.

cara menggoreng ;
Guna kuali yang kecil dan panaskankan minyak guna api yang sederhana, bila minyak panas, ambil 1 senduk adunan , masukkan ke dalam minyak. Adunan itu akan membentu macam topi dan adunan tepung akan keluar dari bahagian tengahnya , lebih kurang macam gunung berapi mengeluar laharnya.

untuk lebih faham, sila rujuk video ini,
video tak leh upload pula. Lain kali cuba lagi
.




selamat mencuba...


4 comments:

  1. Assalam,

    Mohon izin cikpuan ya. Saya copy & paste resepi & gambar kuih penyaram ni di fanpage FB saya :)

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152179553885284&set=pb.324656380283.-2207520000.1350630449&type=1&theater

    ReplyDelete
  2. Selalu masak jadi macam bola.. mengembung.. kenapa yer?

    ReplyDelete
  3. Salam..sy cuma ingin bertanya..Yg mana 1 yg betul ni..kuih ni sbenarnya dari suku kaum mana..knp ada yg ckp dari sarawak..dari jawa..yg sy tau kuih ini kuih tradisional masyarakat suku kaum bajau..sy minta maaf kalau ada yg terasa..niat cuma ingin tahu..teda kena mengena dgn isu perkauman atau apa pun yg negatif ..

    ReplyDelete