TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Saturday, August 25, 2012

Chilled Nestum Cheese Cake With Blueberry Topping

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman , kami menerima tempahan untuk chilled cheese cake with blueberry topping .
harga acuan 8" x 8' RM70 dan 1/4 RM22.

Sesiapa yang ingin membuat sendiri, di sini saya sharekan resepinya.

Cara membuat step by step :

Bahan-bahannya:
250gm cream cheese
2 sudu butter
1 -1/2 tin susu pekat, ikut suka
2-3 bungkus biskut salted cheese
susu segar untuk mencelup biskut
nestum untuk ditabur diatas adunan cheese

Cara :
1.cream cheese, butter dan susu pekat dipukul hingga sebati.
2. sediakan loyang yang dilapik dengan aluminium foil atau plastik. Saya guna plastik saja.
3. susun biskut cheese.dalam loyang. Lapisan pertama biskut tidak perlu dicelup dalam susu segar.
4. Sapukan adunan cheese pada biskut yang telah disusun tadi. Kemudian taburkan serbuk nestum.
5. Susun biskut diatas lapisan cream cheese tadi. kali ini biskut dicelup dalam susu segar.
6. setelah selesai menyusun biskut, sapukan lapisan cream cheese lagi.Taburkan nestum dan susun biskut lagi. Buatlah begitu sehingga habis.
7. Lapisan atas, letak topping blueberry.
8. Masuukan ke dalam freezer sekurang-kurangnya 4 jam.



Lapisan cream cheese yang telah ditabur dengan nestum.


Susun biskut atas lapisan cream cheese.


Akhir sekali letak topping blueberry,
SELAMAT MENCUBA ATAU MENEMPAH....

No comments:

Post a Comment