TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Sunday, June 15, 2014

Kek Buah kukus 2 ( step by step)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini nak share resepi kek buah lagi. Tertarik dengan resepi yang sahabat post kat fb. Kek nampak sedap. tambah lagi ibu sangat suka kek buah. Dengan semangat rajin yang luar biasa kita pun memulakan projek membuat kek buah. Kalau dibandingkan dengan resepi kek buah kukus yany pernah saya share di sini, bahan asasnya lebih- kurang sama. cuma ada yang lebih dan juga kurang. Saya tertarik dengan resepi ini sebab cara membuatnya agak senang dan mudah jika dibandingkan dengan kek kukus sebelum ini.

Kalau nak tau lebih detail bolehlah rujuk di sini



Bahan- bahannya:
500 gm butter
6 biji telur size AA
800 gm gula
1/2 cawan air
500 gm buah-buahan campuran
600 gm tepung gandum
1 sudu Bicarbonate of Soda
1/2 sudu cream of tatar.

cara membuatnya :

1.Masak gula hingga keperangan, bila semau gula dah cair, kecilkan api dan masukkan 1/2 cawan air Ini perlu di lakukan dengan perlahan-lahan, boleh tutupkan api dapur. kena hati-hati sebab gula ini akan merecik.





 2. Kemudian campurkan butter dan hidupkan api semula, pastikan semua butter cair.


3. Kemudian, masukkan buah-buahan campuran dan masak sehingga mendidih kemudian, biarkan sejuk.

4. Bila dan sejuk, masukkan bahan yang kering dan kacau adunan hingga sebati dengan menggunakan senduk aje. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul dan kacau hingga sebati

5. Masukkan ke dalam acuan, tutupkan acuan dengan kertas aluminium dan kukus selama 3-4 jam.

Senangkan membuatnya. Say lebih suka resepi kek buah kukus yang saya buat sebelum ini. Ini pun ok juga.

Selamat mencuba...



No comments:

Post a Comment