TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Wednesday, June 4, 2014

Kek Buah-buahan Kukus

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
rasa lama dah share resepi di sini. bukannya apa, banyak sikit kerja-kerja nak buat hingga tak sempat nak update tema-teman dengan resepi yang telah dicuba. Hari ini nak share kek kukus buah-buahan yang telah saya cuba beberapa hari yang lepas. resepi ini ya ambil dari buku lama dan harap bolehlah mencuba.

Bila guna resepiini, adunan agak lembik , tulah saya tambahkan tepung takut nanti buah-buahan mendap kat dasar kek. Tapi masalahnya, saya lupa nak rekod berapa banyak tepung yang saya tambah.

Kek buah ini kek kegemaran ibu tersayang.. Tulah cuba juga mana-mana resepi kek buah. kek ini boleh tahan juga rasanya. tak simpan dalam peti sejuk, tapi tak berkulat..semakin lama semakin lembab.


Bahan-bahannya:
300 gm butter
6 biji teler saiz A
1 tin susu gula
1 tin susu gula-hanguskan
2 tin susu tepung tapi saya guna 3 1/2 tin
600 gm buah-buahan campur -gaul dan ramas dengan tepung dan Baking Powder
1 sudu kecil  Bicarbonate
1 sudu kecil Cream of tatar

Cara :
1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu
3. Masukkan tepung gandum, masukkan bicarbonate dan cream of tatar
4. Masukkan buah-buahan.
5. Akhir sekali masukkan gula hangus,
6. Kukus selama 4 jam.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment