TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Friday, June 20, 2014

Bubur Pedas Step By Step

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Tak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelma. Terima kasih ya Allah kerana memberi peluang pada ku untuk hidup hingga ke saat ini. Terima kasih atas rahmat yang tidak terhingga.

Kali ini nak share tentang menu yang sangat popular di Sarawak ini bila tiba bulan Ramadhan. Semuga apa yang saya share di sini memberi manfaat pada semua . Semuga ini menjadi slah satu dari saham akhirat saya. Tolong sedekahkan Al-Fatihah pada saya dan keluarga k. Terasa emo pula, selepas menghadiri Spiritual Percepatan Rezeki yang dikendali oleh Pn. Faridah.

Cara nak buat bubur pedas sangat mudah, yang penting kena ada rempahnya. Ada masa nanti saya akan sharekan rsepi membuat rempahnya. Resepi ini adalah resepi ibu saya. Kalau berminat nak beli rempah bubur pedas, bolehlah hubungi saya juga.

Ini dia rempahnya, bahan asa terdiri dari beras, sebab tu, kalau makan bubur pedas saja semasa berbuka puasa sudah mencukupi.




Cara membutnya lebih kurang macam kita buat sayur goreng, cuma yang bezanya sayur kena guna banyak jenis dan di hiris halus. Sayur yang wajib ada ialah daun kunyit dan daun singkil (Bhasa sarawak,tak pasti namanya dalam bahasa melayu ) banyak tumbuh di tepi jalan.

 Bahan-bahannya :
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
2 genggam udang kering -tumbuk
200 gm udang( lagi banyak lagi sedap )- boleh cincang jika suka
2 kecil sudu tepung kari 
berbagai jenis sayur, hiris halus.. agak-agak yang dihiris tu dalam 3 mangkuk kecil.
1 bungkus rempah bubur pedas atau lebih kurang dalam 300 gm.
garam  / perasa / minyak untuk menggoreng
santan ( optional-, saya tak guna sebab rempah bubur pedas ibu saya dah cukup kelapanya)

Cara membuatnya :

1. Tumbuk bawang merah, bawang puti dan cili padi.




2. Panaskan lebih kurang 3 sudu minyak masak dan gorengkan bahan yang telah ditumbuk tadi. Bula dan agak garing, masukkan udang kering, goreng sebentar, masukkan udang hidup..kacau hinggga sebati dan naik baunya,



3. Masukkan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi. Masak sehingga sayur tersebut lembu / layu. Sementara itu, campurkan rempah dengan air.



4. Kemudian masukkan rempah bubur pedas dan kari. Kena letak banyak air sebab bila beras kembang bubur tu akan pekat. Yang ini kena masak dalam 15 minit atau lebih sehingga berasnya masak. Kena selalu kacau.



5. Bila dan pekat , selesailah.. boleh makan..



Sesuai dimakan bersam cucur kurma.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment