TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Saturday, May 21, 2016

Kek Lapis Sisik Ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah lama sangat tak update blog ini. Bukan tak aktif dengan baking tapi terlalu akif dengan kelas baking dan event ExecutorRoom Penjenamaan dan Pemasaran Lautan Biru dan juga mobil baking class.
Sepanjang tahun ini , banyak tempat juga saya telah conduct baking class, termasuk Sarikei dan Mukah. Sambutan sangat menggalakkan .

Semalam 21/5/2016 , selesai mengadakan kelas kek lapis pertama. Sambutan sangat menggalakkan dan saya berpuas hati sebab peserta balik dengan senyuman.
Saya membuat kelainan dalam baking class saya dengan mempastikan peserta yang hadir untuk membuat kek yang mereka belajar di rumah.

Nanti saya share resepi yang diajar. Tapi bagi saya untuk kek lapis, perlu datang kelas. Lebih banyak kelas yang kita hadiri , lebih tajam ilmu kita.

Untuk kek lapis sisik ikan ini, cara teknikal itu perlu dipelajari dalam kelas, sukar nak cerita di sini. Saya sendiri pun baca resepi tak faham. Dan cikgu yang mengajar mempunyai beberapa tips berdasar dengan pengalaman mereka.

Bahan yang diguna :
Bahan A:
10 biji kuning telur
2 biji putih telur
250 gm gula halus
1 sudu makan ovallete
75 ml air sejuk
1 tin kecil seri kaya
1/2 ( 100gm) botol kecil horlick
250 gm tepung hongkong
300 gm mentega, dipukul bersama
4 sudu makan susu pekat mais
4 bungkus manisan masam manis

Cara membuatnya:
1. Pukul bahan A sehingga kembang
2. Masukkan mentega yang telah dikacau hingga rata dan sebati
3. Bakar 4 sudu makan adunan hingga masak. Kemudian cucuk mencondong buah manisan ke atas lapisan kek.
4. Kemudian masukkan 4 sudu makan adunan lagi dan bakar, buat 2 lapisan baru dicucuk lagi dengan manisan.
5. Ulang proses yang tadi hingga habis.




Susunan tidak nampak kemas sebab kek dipotong masa masih panas. Kena tunggu kek benar-benar sejuk, baru boleh potong.



Semua fokus mendengar penerangan dan tips dari cikgu..


Jika ada yang berminat nak attend class, boleh WA atau yang nak jadi agen sila WA ke 0138174166


No comments:

Post a Comment