TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Sunday, January 5, 2014

Puding Trifle cubaan Pertama

Assamaulaikum dan salam sejahtera..
Ini adalah kali pertama percubaan membuat puding Trifle. Tak pernah makan puding ni, cuma tengok kat blog masakan, nampak macam sedap aje. Dan yang paling penting macam senang sanagt mebuatnya. Oleh kerana tak pernah makan puding ini, agak sukar juga membuatnya hanya based on reading kat beberapa blog. Bila nak buat tu. tak tahu macam mana agaknya puding yang menjadi..

1.amil acuan kek, tapi saya guna bekas Tupperware, senang nak simpan nanti. Mula-mula susun swiss rolled dalam acuan. Pastikan kek tersebut padat untuk mengelakkan adunan puding mengalir ke bahagian dasar acuan. Kat sini saya guna kek coklat.


2. Bahan puding :
1 tin sus cair
1 tin air
 7 sudu gula ( ikut cita rasa sendiri )
4 sudu tepung kastad

Semua bahan ini digaul hingga sebati kemudian dimasak atas api yang sederhana hingga sedikit pekat. Biar ia suam kemudian tuang dalam acuan yang disusun kek tadi.




3. Kena sediakan larutan elly dulu. Saya guna jelly nona. Just ikut arah ka kotak tu. Bila dah siap, biar sekejap.
4. Sediakan buah-bahan, tapis buang air sirap dan susun buah tersebuta atas puding kastad. kena tunggu sehingga puding kastad sedikt keras baru susun buah-buahan tu.
Setelah itu, tuangkan larutan jelly atau agar-agar tadi.
Sejukkan ..  dah siap. Mudahkan.



Ini adalah kali pertama saya buat, hasilnya tak begitu memuaskan. Next time kalau buat lagi pastikan perkara ini diambil perhatian. Ini baik juga bagi teman-teman diluar sana yang nak mencubanya.

1. Saya rasa kek coklat tak sesuai. Baik guna kek span saja ataupun swiss rolled. Jangan memandai-mandai macam saya hehe..

2. Resepi puding di atas memang sedap..

3. Untu buah-buahan, janga letak banyak sanagat. Baik beli tin kecil. Kena susun jangan sampai puding kastad pun tak nampak. Kena pastikan buah-buahan itu ditapis ataupun kurangkan sedikit air semasa membuat larutan jelly kerana dalam buah-buahan tu pun dah ada air. Secara peribadi rasanya lebih elok guna buah-buahan segar, mesti lagi sedap. kalau nak guna buah dalam tin, pastikan ditapi dan kurangkan air semasa membuat larutan jelly. Itu saja... harap percubaan anda lebih berjaya dari saya.. selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment