TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Wednesday, November 20, 2013

Unbaked Cheese Cake Versi Ishah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada peminat cheese cake, kali ini nak share cheese cake yang paling ringkas. Sila rujuk resepi yang saya telah post sebelum ini. Saya guna resepi yang sama, cuma saya tambah biskut mary coklat. Taklah kek tu nampak plan aje.

Bahannya :
250gm cream cheese
100 gm whipping cream- blh tambah kalau adunan pekat sangat
1 tin susu pekat, saya guna 3/4 tin saja.

Bahan di atas, dipukul hingga kembang dan sebati.

2 bungkus biskut salted cheese
15 keping biskut mary perasa coklat
susu segar untuk mencelup biskut
nestum

Cara membuatnya:
1. celup biskut cheese dalam susu segar  dan susun dalam acuan. Setelah siap susun , letak 4 sudu adunan dan sapu rata atas biskut. Taburkan nestum. Susun semula biskut cheese yng telah dicelup dengan susu. Ulang sehingga 3 lapisan
2. Lapisan ke 4, susun dengan biskut mary perisa coklat. Ulang 3 lapisan biskut cheese dengan guna cara yang sama
Bahagian paling , perlu letak adunan dan tabur dengan nestum. Masukkan dalam peti sejuk.
Selepas 4 jam bioleh dipotong dan ready untuk dimakan.



SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Post a Comment