TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Wednesday, November 13, 2013

Kek Pisang 5 minit

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tak semua orang suka baking. kali ini nak share resepi yang sangat mudah yet sedap. Sebenarnya resepi ini tercipta dengan cara tak sengaja hehe. Kat dapur ada pisang yang dah masak ranum. Kalau dah terlalu masak, nak makan macam tu aje memang tak sedap. Dalam peti sejuk, ada tepung segera..tepung OPTIMA. Kalau tak guna tepung tu, sayang pula. Nanti kalau dah luput tarikh, terpaksalah di tong sampahkan. Misi malam ni nak buat kek mengguna pisang dan tepung Optima. Sebelum buat, google-google dulu bahan asas dan sukatan  nak buat kek pisang. Setelah puas google, saya pun cubalah guna resepi ini. Wah..bila dah masak , rasa lebih sedap dari kek pisang yang biasa. Dan yang paling penting, sanagat mudah untuk membuatnya.

Kek ini lebih gebu dan lembut. Sesuai untuk minum petang .



Bahan-bahannya :

500 gm tepung optima
4 biji telur besar
1 cawan minyak masak
2 cawan pisang yang telah dilenyek

Car membuatnya:
1. Tepung , minyak dan telur dipukul hingga kembang dan putih.
2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek dan pukul lagi sehingga kembang.
3. Masukkan dalam acuan dan bakar sehingga masak.

Selamat mencuba. Saya yakin, anda pasti menyukainya..
Saya beri nama kek ini Kek Pisang 5 minit, sebab penyediaan adunan hanya mengambil masa 5 minit.

No comments:

Post a Comment