TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Thursday, April 11, 2013

SNOWY CHEESE CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dah lama tak buat cheese cake. Bila google tengok ramai yang komen snowy cheese cake ini sedap , teringin juga nak mencuba,
Bila google ada banyal versi snowy cheese cake ini. Saya decide nak cuba resepi ini.


Termakasih kepada yang punya resepi ini. Terimakasih kerana sudi share resepi ini. Pada saya resepi ini kalau nak diberi bintang rasanya 3 bintang lah. Masa saya google, ada satu lagi resepi snowy cheese cake. Kalau tengok dari bahan yang diguna saya rasa versi yang itu lagi sedap. Tak apa untuk kali ini , saya nak share versi yang saya dah buat . resepi ini hanya mengguna cake span yang biasa . Kalau malas nak buat kek, boleh beli kek span dan buat topping ikut resepi di sini.

Ini rupa snowy cheese yang saya buat...



Ok.. kalau dah sedia , jom kita buat Snowy cheese cake.

Saya ikut resepi ini.
Tapi untuk topping saya tambah 100ml whipping cream.

Resepi ini saya copy paste dari web secubit garam. terimakasih Kak Nor..
KEK CHEESE BERSALJI
resepi : Sherry mz@MyR
sumber: Kzai@Teratakimpian
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ k.nor guna tpg gandum biasa
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)

UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

 

No comments:

Post a Comment