TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Tuesday, January 15, 2013

Roti Boy

 Photo 1 : roti yang belum  dibakar.



Photo 2 : roti telah dibakar, sedia untuk dihidang.....            
 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama tak update blog ini. Bayak tugas yang perlu diselesaikan. Hari ini baru ada kesempatan untuk mencatit resepi yang telah dicuba beberapa minggu yang lepas.
Kali ini nak share resepi roti boy. M...dah lama berniat nak cuba resepi ini sebab malas nak buat buttercream tulah resepi tinggal resepi.

Masa nak buat roti boy pada asalnya bukan nak buat roti boy. Ingat nak buat roti kosong aja. Tetiba rasa nak buat roti boy . Dah angin tengah rajin , apa lagi buat ajelah.

Doh roti:
Untuk adunan roti, saya mengguna resepi adunan roti kosong yang saya pernah share sebelum ini.
Adunan yang telah diuli dibahagi dan dibentuk bulat-bulat. Berat anggaran 80gm. Kalau nak besar atau kecil boleh juga.Biarkan sebentar.

Sementara itu boleh buat adunan untuk inti dan topping  roti nanti.

Inti :
200 gm butter
70 gm gula perang
sedikit vanilla
2 sudu tepung gandum
semua bahan ini digaul dan dipukul hingga kembang. Boleh simpan dalam petisejuk sebentar akan ia menjadi sedikit keras, mudah untuk disimpan dalam doh nanti .

Topping :
200 gm butter
160 gm gula aising
3 biji telur1 sudu esen kopi atau kapucino
200gm tepung gandum
Butter, gula aising dipukul hingga kembang. Masukkan telur dan dipukul lagi. Akhir sekali masukkan tepung gandum. Masuk dalam pipping beg.

Cara membuatnya :
1. Masukkan inti ke dalam doh roti yang telah dibahagi tadi.
2. Susunkan doh yang telah dimasukkan inti tadi ke dalam tin pembakar. Biarkan adunan itu kembang lebih kurang dalam masa 30 minit.
3. Setelah adunan itu kembang, paipkan topping diatasnya. Buat bentuk melingkar. Kemudian bakar sehingga masak. Guna api bawh dahulu.

SELAMAT MENCUBA....

No comments:

Post a Comment