TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Thursday, December 20, 2012

Roti Pisang Oat Coklat Chips

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
M...ada banyak pisang yang terlebih masak. nak makan gitu aje tak sedap. Apa lagi google lah.. apa nak buat dengan pisang tu.
Ok..... terfikir nak buat kek pisang. belek punya belek, i decided nak buat banana bread. masa google tu ada banyak versi banana bread. Mula dah cuba salah satu resepi dari internet. Yang saya post kat sini saya dah ubah suai ikut selera saya dan yang penting, tak terlampau manis dan saya letak oat untuk sumber fibernya.

Kepada pembaca semua, banana bread ini lagi sedap dari kek pisang, Antara banyak resepi banana bread , yang the best dan paling senang membuatnya. Kalau tak percaya, cubalah. Dah cuba, jangan lupa komen k.

Resepinya :
Untuk membuat bread yang bersaiz bread loaf, bahannya seperti di bawah :

bahan a:
200gm tepung gandum
1 sudu teh Baking Powder
1/2 sudu teh B. Soda
3/4 cawan oats segera
1/2 cawan coklat chips -optional

bahan b , blend hingga hancur:
4 biji pisang yang sederhana besar
1 biji telur
180gm gula halus
2 sudu makan butter

Masukkan bahan a ke dalam bahan b. kacau hingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar  hingga masak.
Mudahkan? sesuai untuk mereka yang buzy...
Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment