TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Tuesday, March 13, 2012

Pulut Panggang Sibu.-step by step





salam..
Pulut panggang ni memang popular kat sarawak, terutama sekali kat Sibu. Kalau nak beli mahal juga sebab rumit membuatnya. bagi yang ingin cabaran, bolehlah mencuba resepi ini.

Bahan dan cara membuatnya :
 2 kg beras pulut , dibersih dan direndam dalam 4 jam
1 kg kelapa parut- dijadikan 1800 g air santan ;dimasak hingga mendidih, biarkan mendidih dalam 3 minit saja, kemudian matikan api dapur. Jangan lupa masukkan garam scukup rasa ke dalam larutan santan tersebut. Biarkan larutan santan itu sejuk.


Santan yang telah masak hingga mendidih sekejap.



sementara itu, bersihkan beras pulut dan toskan. Kemudian kukuskan separuh masak.

Setelah itu bentukkan seperti gambar di bawah.





setelah dibentuk macam diatas, tunggu sejuk. Pulut ini akan menjadi sedikit keras.

sementara itu, kena sedia daun pisang, dipotong seperti ganbar dibawah untuk membalut pulut itu nanti.
Satu heali kecil untuk bahagian dalam dan satu helai lagi lebih besar, untuk bahagian luar.



Sekarang tiba masa untuk membalut pulut yang telah dibentuk tadi. Begini caranya:
Siakan bekas kecil seperti dalam gambar dibawah, basahkan pulut dengan santan, kemudian pindah ke atas daun pisang yang kecil dan balut pulut tersebut. buatlah sampai habis.


Rendam pulut seketika aje, sekadar membasah pulut saja,






Setelah itu balut dengan daun pisang yang lagi satu, seperti gambar yang di atas.
setelah itu bakar dengan menggunakan arang atau oven.
SELAMAT MENCUBA.....


2 comments:

  1. Rumit, tapi mesti sedap. T.kasih berkongsi ilmu ni

    ReplyDelete
  2. Kukus beras pulut tu pakai santan ke atau air biasa?

    ReplyDelete