Sekali ini cuba lagi buat bubur cendol. Kali ini guna gula nipah pula. Sedap juga. kali ini saya tak ukur jumlah tepung yang diguna. Main agak aje iaitu 2/3 tepung beras dan 1/3 tepung beras pulut.
Campuran tepung tadi digaul dengan air daun pandan yang dicampur dengan sedikit pewarna hijau.
Inilah rupa adunan yang telah sedia untuk dimasuk dalam acuan.
picitkan adunan ini dengan acuan ke dalam air yang mendidih untuk membentuk cendol.
Ini cendol yang siap untuk dimakan.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment