TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Saturday, October 1, 2011

KEREPEK SEAWEED



hari ni , saya nak tunjuk macamana nak buat kerepek seaweed yang selalu kita beli kat kedai.  Kalau buat sendiri lagi jimat dan yang paling penting kebersihan terjamin dan kita boleh kurangkan penggunaan perasa.

Ok, caranya mudah sahaja :
Bahan-bahannya:

kulit popia
seaweed
serbuk perasa
telur

Caranya:
1. Pukul telur dengan serbuk perasa sehingga sebati. Ini diguna sebagai pelekat kulit popia nanti'
2. Sediakan kulit popia, sapukan telur yang telah dicampur perasa dengan menggunakan berus
3. Susunkan seaweed dan sapukan sekali lagi telur dan lekatkan dengan sehelai kulit popia seperti dalam gambar di bawah. Setelah itu guntingkan kecil-kecil dan goreng. sedia untuk di makan.

Sapukan kulit popia dengan telur.


setelah dilapis dengan sehelai lagi kulit popia, gunting dan goreng hingga kekuningan.


2 comments:

  1. Salam sy nak tahu serbuk perasa apa yg digunakan ye??

    ReplyDelete
  2. salam...mana nak dapatkan seaweed tu ye sis?

    ReplyDelete