Assalamualaikum dan salam sejahtera, dah lama rasanya tak share resepi di bolg ini. Agak sibuk , terutama sekali musim perayaan,. Kena siapkan tempahan. Kali ini nak share cara buat jus alvocado. Ini pun setelah minum jus alvocado di Medan. Sebelum ni tak pernah tau yang jus tu sedap.
Caranya senang aje.
Untuk membuat 1 gelas besar jus, kita perlu :
1/2 biji bual alvocado yang masak ( ambil isinya)
2sudu susu pekat, di Medan mereka mengguna susu pekat perasa coklat, kat sini tak ada jual. Tapi kalau nak juga susu pekat perasa coklat boleh buat sendiri, samada guna serbuk koko atau cairkan coklat masakan , lagi sedap kot.
1/3 gelas air kosong
4-5 ketul ais kalau nak lebih boleh juga.
Caranya mudah saja buk...
masukkan semua bahan di atas ke dalam blender dan on kan suiznya..1..2...3...
ha...dah siap jus kita
Untuk sesiapa yang belum pernah minum jus in, marilah cuba. Memnag sedap. Kalau kat medan, jus yang pekat ini hanya berharga 10,000-15,000 rupiah saja iaitu sekitar RM3- RM4 sahaja. Tapi kat sini, buah alvocado ni mahal rasanya...
Ha..ini ada petua untuk badan ramping, sebelah malam jangan makan nasi. Gantikan dengan ini atau boleh guna jus lain buah juga...
No comments:
Post a Comment