Assalamualaikum,
Apa khabar semua? dah lama rasanya tak post kat blog ini. kali ini nak share banana crumbs muffin. saya pilih muffin ini sebab ternampak ada beberapa biji pisang kat dapur. lagipun resepi agak mudah, tak perlu guna mixer, guna manual aje, macam buat cekodok hehe.
Pada pendapat saya, kita boleh gantikan pisang dengan buah lain contohnya ubi keledek ataupun labu. Tapi kenalah masak dulu keledek ataupun labu tadi. saya beritahu saja, tapi belum pernah cuba. kalau ada cuba nanti, tulislah komen kat sini
.
Crumb tu yang kat muka muffin tu..kalau kita guna keledek jadi sweet patato crum muffin lah namanya hehe,
Bahannya:
Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh Baking powder
1 sudu teh Bicarbonate of soda
1/2 sdu teh garam
3 biji pisang sederhana besar, lecekkan
3/4 cawan gula
1 biji telur
1/3 mentega yang dicairkan
Bahan B:
1/3 cawan gula perang
2 sudu meja tepung
1 sudu meja mentega
1/8 serbuk kayu manis
Cara membuatnya :
1. terlebih dahulu panaskan oven pada suhu 190c
Bahan A untuk membuat adunan muffin:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan tepung, Baking Powder , Bicarbonate of Soda dan garam , gaul rata.
Dalam bekas yang lain,pukul pisang yang telah dilecek dengan gula, telur dan mentega yang dcairkan, gaul hingga sebati. setelah itu masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk tepung. Gaul dengan tepung, sehingga tidak nampak tepung lagi. Jangan terlebih gaul, nanti muffin tak naik.
Masukkan adunan tersebut ke dalam acuan muffin lebih kurang 3/4 penuh. sebelum masuk dalam oven, kita perlu buat crumb yang akan ditabur atas adunan muffin sebelum dimasuk dalam oven
Cara membuat crumb:
Gaulkan adunan B dengan jari sahaja, Ia agak kering dan taburkan atas muffin. Kemudian bakar muffin tersebut.
Senang nak buatkan, SELAMAT MENCUBA...
No comments:
Post a Comment