TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Friday, August 23, 2013

Shortbread Cookies

Assalamualaikum , .
Rasanya dah hampir 3 bulan saya tak update blog.  walaupun tak update blog, bukan bermakna tak ada baking. Baking tetap baking hehe. Kali ini nak share resepi shortbread yang saya ambil dari myresepi.
Biskut in senang nak buat, cuma kalau ada yng nak mencuba , mesti guna unsalted butter lagi sedap. Masa nak buat hari tu, yang ada dalam stok hanya buttercup, so saya gunalah aje. Biskut terasa masinlah pulak.

Kalau kawan-kawan nak cuba, saya cadang gunalah unsalted butter. Ada dijual di kedai yang menjual bahan untuk kek. Cookies ini lembut tetapi rangup. Ni biskut orang putih. Pada pendapat peribadi saya, adunan ini boleh dijadikan adunan asa untuk biskut. Kita boleh tambah bahan lain supay biskut kita lebih meriah.


Resepi seperti berikut atau rujuk myresepi...

Bahan-bahan ( 26 keping )

80 g butter tanpa garam
100g tepung
30g gula kasar
Cara-cara

Pukul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan tepung yang sudah diayak sedikit demi sedikit.
Letakkan dalam plastik dan bentukkan segiempat 10cmx20cm. Simpan dalam peti ais selama sejam.
Keluarkan dan potong sebesar lebih kurang 1.5cm lebar. Potong 2 bahagian panjang.
Cucuk adunan dengan garfu sebagai corak.
Bakar dalam oven pada suhu 170 selama 20min.

Beginilah rupanya cookies ni.







cookies ini sesuai untuk minum petang dan sangat mudah membuatnya, Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment