TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN..
Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166
Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com
Saturday, March 10, 2012
Bubur cendol
Salam..
Hari ini nak resepi bubur cendol. Senang aje membuatnya, yang pasti sedap, lebih-lebilh lagi apabila disimpan dalam peti sejuk.
Bahan dan cara membuatnya:
1/2 kg kelapa parut- ambil santannya kira-kira dalam 3 jug
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan sagu biji
air daun pandan secukupnya
1. Didihkan air dalam periuk,
2. Mula-mula campurkan tepung beras dan tepung pulut. Masukkan air daun pandan dan adunkan. Adunan mestilah jangan terlalu cair. Agak-agak lebih lembik dari adunan untuk buat buah melaka. Yang penting adunan boleh dipicit mengguna acuan.
3. Picitkan adunan tadi ke dalam air yang sedang mendidih. Lebih kuang macam membuat cendol. Kalau tiada acuan, boleh buat mengguna periuk kukus yang berlubang, cuma parutkan adunan tepung melalui lubang periuk ini. Untuk cara ini, konsistensi adunan adalah seperti adunan buah melaka.
3. Sekali-sekala, gaulkan cendol dalam air mendidih itu untuk mengelakkan ia berketul. Seteh masak, basahkan sagu biji dan masukkan ke dalam periuk cendol. Gaul rata-rata,
4, setelah sagu masak, masukkan air santan. Boleh guna lebih air santan untuk mengelakkan bubur kita menjadi terlau pekat apabila disimpan dalm peti sejuk nanti
Selamat mencuba...
Labels:
bubur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment