TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Saturday, March 10, 2012

Umai



Salam..
Pernah dengar tentang umai? Umai adalah makanan tradisi orang sarawak. Ia biasa dimakan bersama nasi atau sagu. Walaupun ikan tidak dimasak, pada dasarnya isi  ikan tersebut telah masak disebabkan jus limau yang diguna.



Ok.. begini resepinya :

Bahan-bahannya:
1 mangkuk isi ikan yang telah dihiris nipis - jenis ikan yang diguna biasanya ikan pirang atau ikan bawal. Ada juga yang menggantikan ikan dengan udang kecil. Ikut kreaktiviti anda
2 biji cili padi
1/2 inci halia
2 biji bawang merah
1 /2 biji bawang besar yang dihiris
6 biji limau kasturi atau lebih jika nak rasa lebih masam.selepas diambil jusnya, kulit limau dihiris nipis.
garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa/ gula


Cara membuatnya:
1. tumbuk cili padi dan garam hingga halus. Masukkan halia, tumuk lagi dan akhir sekali masukkan bawang merah, tumbuk hingga halus.
2. Campurkan bahan yang telah ditumbuk tadi dengan isi ikan yang dihirs tadi. Masukkan serbuk perasa atau gula,Gaul rata. Masukkan hirisan bawang besar dan perahan limau kasturi beserta dengan kulit yang telah dihiris tadi
3. Gaul rata-rata. Isi ikan akan berubah warna menjadi masak. Umai dah sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment