TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Saturday, March 10, 2012

Sup Bebola Ikan Tenggiri


Ini merupakan sup kegemaran keluarga saya. Ok di sini saya share resepinya.

Bahan dan car membuatnya:
Bebola ikan :
1. 1/2 kilo ikan tenggiri - Buangkan kulitnya, setelah isinya terdedah, gunakan sudu untuk mengikis isi ikan tersebut. Kikis sedikit - sedikit untuk mendapat isi ikan yang halus dan tak perlu guna alat pengisar untuk menggisarnya.Setelah itu campurkan serbuk lada putih sedikit dan garam secukup rasa. Bentukkan seperti bebola ikan. semasa membentuk bebola ikan tersebut, kadang-kadang isi ikan melekat dicari. Basahkan jari dengan air untuk mengelak isi ikan melekat di jari.

2. Setelah isi ikan siap dibentuk, rebuskan dalam air mendidih. Beola ikan akan masak apabila ia timbul. Setelah itu padamkan api.

Sup :
sedikit rempah tumis sup -kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, bunga lawang..
2 biji bawang merah yang dihiris
2 ulas bawang putih juga dihiris
1 inci halia dihiris halus
4 biji kentang dibuang kulit dan dipotong dadu
sedikit suhun
daun sup
tauhu kering jika suka

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak. Bila minyak panas, masukkan rempah tumis, diikuti dengan semua bahan yang diris tadi. goreng hingga garing.
2.  Masukkan air rebusan bebolaikan. Masukkan kentang dan suhun, masak kentang hingga empuk.
3. Akhir sekali masukkan bebola ikan yang kita masak tadi. Rebus dalam 5 minit. Tambahnkan serbuk lada dan perasa. Siap...

Hiaskan dengan daun sup.  siap sedia untuk dimakan.
selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment