TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Tuesday, December 20, 2016

Berniaga secara serious dengan mentor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah agak lama tak menulis di blog ini. Tahun ini memang jarang sangat menulis di sini.

Di blog ini saya banyak share pengalaman saya dan juga tempat saya menyimpan resepi.
Lebih mudah di simpan di sini, pada bila-bila masa jika saya perlu merujuk resepi , boleh rujuk
saja selagi ada internet .

Kali ini saya tidak share resepi macam biasa tapi nak ceritakan aktiviti sepanjang
tahun ini. Sebenarnya pada tahun ini, saya telah membuat keputusan  yang drastik tentang
aktiviti perniagaan saya.

Oleh kerana minat berniaga, saya telah menceburi beberapa perniagaan MLM ,  kebanyakkannnya tidak bertahan lama. Hanya satu syarikat yang sahaja yang saya masih melibatkan diri
iaitu Sahajidah Hai O Marketing.

Saya juga telah melibatkan diri dalam membuat dan menjual kek lapis. Memang
menyeronokkan bila pada musim perayaan , orang lain
keluar duit tapi kita dapat duit tambahan.

Saya ambil keputusan untuk berniaga dengan cara betu dan serious. Saya mengambil
keputusan untuk mendapatkan proper coaching dengan mentor untuk
mempastikan saya tidak mengambil tindakan yang salah. Saya mengambil keputusan untuk
mendapat khidmat dari Dr Touching.

2 comments: