TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Wednesday, June 29, 2016

Demo Falcon di Sarawak dan Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rupa-rupanya ramai yang tidak tahu tentang mesin falcon ini,  Saya tahu tentang mesin ini 5 tahun yang lepas tapi tidak yakin untuk membeli secara online, maklullah bukannya murah. Jika idak boleh digunakan  niaya hehe.

Pada penghujung tahun 2015 , saya dan kawan telah menghadiri kelas falcon yang dikendali oleh Puan Siti Aishah. Pada pendapat saya biarlah kita lihat dengan mata kita sendiri dan cuba sendiri sebelum kita membeli. Saya masih ingat lagi kami pergi ke Kampung Subang untuk hadir program falcon. Kebetulan Puan Siti ada kendali kelas demo falcon di situ.

Sangat-sangat teruja dengan demo tu, tanpa fikir lama-lama saya dan kawan membawa balik satu unit seorang .
Saya share dengan kawan dan mendapat respon yang positif dan saya terus mengambil keputusan untuk menjadi agen untuk Sarawak dan Sabah dan mungkin juga Brunei jika ada yang berminat.

Sehingga hari ini, dah banyak unit falcon terjual dan saya rasa sangat gembira dapat bantu ramai wanita. Terutama yang sumber pendapatan adalah dari jualan kuih muih. Penyediaan kuih menjadi lebih singkat dengan bantuan falcon dan seterusnya menambah pendapatan.

Kelebihan mesin falcon:
1. Mesin falcon ini berat dalam 10 kg dan mudah untuk dibawa sebab saiznya tak besar, 
2. Senang untuk dikendali sebab hanya ada 2 function - uli dan picit
3. Acuan sentiasa upgrade, sekarang buat karipap tak perlu uli dan giling, hanya letak inti dan terap dengan acuan karipap.
4. membuat biskut dengan pantas dan senang.
5. Pengguna boleh menyesuaikan resepi supaya boleh diguna dengan mesin ini.
6. Mesin ini senang untuk dicuci , user friendly.

Yang menyebabkan saya tertarik pada mesin ini ialah bila Pun Siti membuat demo mee kunig. Rasa sangat wow... sebab masukkan tepung dan air, mesin uli satu minit dan ubah fungsi dan on..tak lama lepas tu mee pun keluar. Rasa macam tak percaya, senangnya membuat mee kunig.

Mee Kuning Falcon:

Saya nak cerita sedikit tentang kelebihan mee kuning yang dihasil oleh falcon.
Mee ini tidak mengguna bahan kimia hanya guna 2 bahan : tepung dan cecair .
Saya tulis cecair sebab ikut krativiti kita samada guna cecair kunyit, bayam , spirulina dan apa-apa yang boleh menambahkan khasiat pada mee tersebut.

Untuk pelanggan di kawasan yang berdekatan dengan Sibu, saya akan membuat kelas demo di kedai saya dan saya dan team juga ada membuat mobil demo di kawasan sekitar Sibu seperti Sarikei, Mukah , Daro, Kapit dan lain-lain kawasan yang berhampiran, ikut permintaan. Sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi saya di 013-817 4166.

No comments:

Post a Comment