TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Monday, May 18, 2015

Kuih Kosui / Kaswi Gula Apong Step by Step

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lama bebenar tak tulis dalam blog ini. Bukannya dah lupa cuma masa yang begitu terhad dan lama juga tak masak atau mencuba resepi baru.

Lama dah teringin nak buat sendiri kuih kaswi ini. Biasanya, kalau nak makan main beli saja. Pernah juga buat sebelum ini, tapi tak menjadi, lembik diatas dan keras bahagian bawah kuih tu. Tulah malas nak buat.

Tadi teringat dengan seorang kawan yang saya boleh katakan mahir memasak. Mana tidaknya setiap hari ada aje yang dia post kat fb, masakan dia. So saya tanpa membuang masa bertanya pada pakar ni.
Namanya Pn Zainab Melan. Boleh search kat fb id ni, nanti anda tengok sendiri kat fb, banyaknya gambar-gambar kuih dan masakannya. Yang bestnya Pn Zainab ini tak kedekut respi. Bila saya whatsapp dia, dia terus bagi resepi.


Kuih saya buat kurang menarik, warna cerah sangat. Adayang guna pewarna atau kicap untuk gelapkan warna adunan. Saya takada guna pewarna. Warna dari gula apong saja.

Saya doakan, agar resepi yang saya share ini memberi manfaat pada saya dan teman-teman di luar sana. Sama-samalah kita berdoa semuga , Allah murahkan rezeki Pn Zainab dan sentiasa dalam keredhaanNya. Semuga beliau mendapat pahala bila ada yang mendapat manfaat dari resepi ini.

Resepi Kaswi dari Pn. Zainab Melan :
Bahagian 1:
1 cawan tepung ubi
2 cawan tepung gandum
4 cawan air  dicampur dengan 1/2 sudu teh kapur.
-gaulkan semua bahan di atas dan ketepikan

Bahagian 2 :
1 cawan gula pasir atau 3/4 cawan
1 cawan gula melaka/ gula apong
2 cawn air
2 helai

- pasangkan api dapur dan kacau semua bahan ini sehingga mendidih dan ketepikan biar suam-suam kuku. Boleh sedia larutan gula ini dulu.


Panas atas api...



Masukkan ke dalam acuan dan kukuskan.


Kukus selama 30 minit. Ini hasilnya...
Pastikan acuan ditutup dengan kertas aluminium untuk mengelak air dari masuk ke dalam adunan.
Dah masak, lihat permukan adunan tak lembik dan teksturnya sekata.


Masukkan bahan 2 yang panas itu ke dalam adunan1. Kacau hingga sebati. Kumudian, masukkan adunan ini ke dalam peruk dan kacau lebih kurang 10 minit
Aduan itu kemudian dibubuh dalam loyang dan dikukus selama 30 minit.

sejukkan, potong dan gaul dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.

Saya dah cuba dua kali, 1st time buat kuih nampak kering dan adunan lembut sekata. The best resepi yang pernah saya buat.

Selamat mencuba.....

1 comment: