TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Tuesday, January 21, 2014

Bagaimana siang buah nangka muda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini nak share cara siang buanh nagka muda. Mungkin ada yang terfikir - alah, yang senang macam ni pun nak post ke? Memang senang nak siang nangka muda, tapi ada juga yang tak pernah buat kerja ni..tambah anak-anak muda sekarang, mananya nak susah-susah siang nangka muda ni..leceh kerja ni. Baik gi kedai kalau teringin nak makan sayur lemak nangka.

Tak apalah, saya share aje, Yang anak, untuk rujukan anak-anak nanti hehe..

Ini nangka muda..



Buangkan kulit nangka dulu. Kena hati -hati sebab buah nangka muda biasanya mengeluar getah.
Bahagi emapt seperti gambar dibawah.



Buangkan bahagian tengahnya seperti di bawah :



Hiris sederhana nipis :


Lepas tu kena buanglah kulit bijinya seperti dibawah ..lepas tu ..bolehlah masak.







Dah selesai.. sedia untuk dimasak.


Harap makluman ini dapat membantu anda...

1 comment:

  1. tq sgt... mg mudah... tp sy cari jugak... sb kata org kene simpan dua tiga hari supaya getahnya kering.. betul ke?

    ReplyDelete