TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk Mary Kay. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Sunday, October 7, 2012

Bubur Kapur

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ni nak share satu lagi resepi yang tidak kurang sedapnya. sesuai sebagai pencuci mulut atau hidangan untuk minum petang. Kalau disejukkan , lagi sedap.

Ni dah siap, cuma perlu masukkan ke dalam santan.


Resepinya :
2 mamngkuk tepung gandum
1 mungkuk tepung kanji
5 mangkuk air daun pandan
1 sudu kapur dilarutkan dalam air

semua bahan diatas digaul dan dikukus. bila telah masak, sejukkan dan dan dipotong kiub seperti dalam gambar di atas. Adunan yang telah dipotong kiub direndam dalam air sekejap untuk mengurangkan rasa kapurnya.

setelah itu, sediakan air santan untu kuah bubur nanti. banyaknya santan ikut selera masing-masing. Didihkan air santan. Bila telah mendidih, masukkan adunan bentuk kiub dan masukkan gula dan garam secubit. tutupkan api dapur, sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment