TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Wednesday, July 11, 2012

Sayur lemak Nangka Muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Bersua sekali lagi. Hari ini nak share resepi yang sedap dan yang paling penting mudah nak masak. Ini sesuai untuk orang yang buzy tapi ingin masak sendiri untuk famili.


 Bahan-bahannya :
1/2 biji nangka muda
sedikit udang anggaran 200gm. lagi banyak lagi sedap.
santan , ini ikut cita rasa sendiri. saya biasa guna dalam sedikit saja..maklum juadah yang sihat. Boleh ganti susu cair jika suka
2 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu serbuk kunyit
sedikit asam jawa

Cara memasak.
1. tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak masak.
2. Masukkan udang dan diikuti oleh buah nangka.
3. Bila dah layu, tambahkan kunyit dan gaul hingga masak
4. Akhir sekali masukkan santan ikut suka dan asam jawa secukup rasa
5. Masukkan garam secukup dan dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment