TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN..
Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166
Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com
Friday, June 29, 2012
Paceri Nenas
Assalamualaikum semua... salam sejahtera...
Sekarang ini musim nenas. Apa masakan yang kita boleh masak menggunakan nenas? Banyak jenis masakan boleh dimasak menggunakan nenas... antaranya yang saya akan share nanti adalah pceri nenas.
banyak cara orang masak paceri nenas ni..tapi macam biasa saya guna cara yang paling mudah.
Sorry tak sempat nak hidang hehe..ambil gambar dalam periuk aje.
Bahan-bahannya:
1 biji nenas -buang kulit potong seperti dalam gambar
3 sudu teh serbuk kari
sedikit rempah tumis
3 biji bawang merah -hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
sedikit udang kering atau sesar unjur
gula dan garam secukup rasa.
Cara membuatnya :
1.Panaskan minyak. Tumiskan rempah tumis, masukkan bawang merah dan bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan sesar unjur.
2. Kari dicampur dengan air dan masukkan ke dalam bawang tadi. Goreng hingga pecah minyak.
3. masukkan nenas dan gaul sehingga layu, biarkan seketika
4. Masukkan gula dan garam,, masak sehingga sebati.
Mudahkan ? Cubalah
Labels:
Masakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment