TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Friday, March 30, 2012

Spagetti Mudah : step by step

Salam semua....
Hari ini nak share memasak spagetti. Resepi ini sangat mudah. Orang yang tak pernah masak pun akan berjaya membuatnya. Cuma ada satu syarat, orang yang masak itu mesti pernah makan spagetti ,kalau tak bab-bqah yang secukup rasa tu yang susah nanti hehe

Inilah rupa spagetti yang sedia untuk dingap. cuma saya tak tabur cheese. Kalau ada cheese gerenti sedap.




Bahan-bahannya

Bahan-bahannya:
1 bungkus spagetti: lembutkan dengan merebusnya bersama air dan 2 sudu minyak makan. Masak sehingga lembut. kalau tak ada spagetti, mee kuning pun boleh. tu spagetti ala malaysia hehe
250gm daging cincang atau 5 keping daging burger
4 batang sosej : potong nipis-nipis
1 tin cendawan butang : potong nipis-nipis
1 biji bawang besar ; potong kiub
4 ulas bawas putih ; cincang
sedikit oregano
3 helai daun basil
garam, gula, serbuk perasa secukupnya
1 tin sup tomato
1 tin tomato puree

Cara membuatnya:

1. Panaskan majerin atau minyak masak secukupnya. Masukkan bawang besar dan bawang putih. goreng sehingga naik baunya.




2. Kemudian , masukkan daging cincang dan sosej, goreng hingga sebati.



3. Masukkan tomato puree, air sedikit. Gaul rata. masukkan sup tomato . Masukkan juga oregano, daun basal dan cendawan.
4. biar hingga mendidih, kemudian masukkan garam , gula dan secukup rasa. biar mendidih 15 minit dan boleh dihidang.





SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment