TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Thursday, January 26, 2012

Roti canai dan kuah dal

salam,, kuah dal ni, saya dapat resepi dari jiran, berbangsa India. Dia pandai memasak. Ini resepi pure dari India. malah beliau menanam bahan mentah yang tak ada jual di sini. Cuma 1 yang i lupa nak rekod, resepi nasi beriani. Dia masak sedap. beliau dah meninggal beberapa tahun dahulu.
  Saya share kan resepi di sini, semoga kawan-kawan boleh sama-sama merasai kuah dal yang sedap ni. Cara memasaknya pun mudah. berbaloi mencubanya.
    Kuah dal ni sedap dimakan bersama roti canai.





Ini resepi kuah dal :
Bahan-bahan :
Rempah : serbuk cili
               2 sudu kecil serbuk jintan putih
               1 sudu kunyit          
(boleh tambah rempah ni ikut cita rasa sendiri )
 kacang dal direndam hingga kembang
 terung , kacang lendir .kacang panjang
 bawang besar , kentang  lobak  dan kobis
 lain-lain jenis sayur boleh diguna juga ikut selera masing-masing
garam secukup rasa
sedikit daging atau ayam

cara membuatnya :
Kacang dal , kentang,lobak dan daging  dimasak guna pressure cooker hingga lembut atau hancur,
setelah kacang dal hancur, masukkan rempah dan semua sayur yang telah dihiris.

Barang merah , rempah tumis, biji sawi, cili kering  dan daun kari digoreng dengan minyak hingga garing dan dimasukkan ke dalam periuk tadi.

Kemudian masak lagi hingga semua masak. Masukkan garam secukup rasa.dan sedia dihidang bersama dengan roti canai.

selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment