TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Monday, January 16, 2012

Donut Segera

Saklam... hujung minggu tadi terasa teringin nak makan donut. sebenarnya malas nak buat donut. Terfikir kalau ada donut segera kan senang. teringin nak makan , keluar aje dari peti sejuk , terus goreng. untuk maluman semua, kalau ada sesiapa yang ingin membelidonut segera, ishah bakery ada menyedia donut segera. Donut tersebut cuma perlu digoreng jika hendak makan, Gula halus disedia sekali.

Harga RM2.00 10 biji donut.

Kebaikan donut ini, tidak mengguna bahan pengawet. Pelanggan boleh memperbagaikan hiasa pada donut. Tidak hanya mengguna gula halus sahaja. Boleh letak coklat, jelly dan lain-lain lagi. Pasti enak.

Beginilah rupa donut tersebut. lain kali saya tunjuk, donut yang telah dibungkus.
Sesiapa yang berminat. sila buat tempahan awal.

 kalau ada sesiapa nak buat donut, di sini saya tulis resepi nya. Resepi ini saya perolehi dari seorang makcik. Saya share kan resepi di sini .

Bahan :
1 kilogram tepung gandum
2 sudu kecil yis
3 sudu gula
1/3 tin susu pekat
4 sudu majerin
1 biji telur
sedikit garam
15 oz air

Cara membuatnya;
1. gaulkan semua bahan hingga sebati. Jika masih keras tambahkan sedikit air.
2. Biarkan adunan itu kembang saiz 2 kali ganda saiz asal
3. Bila kembang, adun semula dan bentukkan macam donut atau mengguna acuan donut.
4.Bila cukup kembang, goreng hingga masak. bila sejuk, campurkan dengan gula halus.
5. apa lagi...boleh makanlah hehe

No comments:

Post a Comment