Assalamualaikum
dan salam sejahtera,
Selamat
tahun baru tahun 2016. Harap masih belum terlambat nak ucapkan selamat tahun
baru.
Rasa
agak lama juga tak menulis di blog ini. Ok kali ini nak share mesin falcon.
Mungkin ramai yang telah mengetahui tentang mesin ini dan mungkin juga ramai
yang tak tahu tentang mesin ini. Bagi saya sendiri, memang dah lama mengetahu
tentang mesin ini. Lebih 5 tahun yang
lalu, dimana masa tu harga mesin ini tak semahal sekarang. Masa tu tak berani nak beli, mana tau mesintu tak serupa macam yang dicerita. Maklumlah orang nak jual mesintu, mestilah cerita yang baik-baik tentang mesin tu.
Alhamdulillah penghujung tahun lepas, saya sempat mengikuti kelas demo falcon. Masa tu tak fikir pun nak beli mesin tu. Tapi bila nampak dengan mata sendiri bagaimana mesin ini berfungsi, tanpa menunggu saya pun mengambil keputusan membeli mesin ini.
Alhamdulillah mesin ini telah menjadi milikku...
Semasa menghadiri demo falcon, bukan saja mee kuning boleh dibuat guna mesin ni, malah banyk yang boleh dibuat seperti biskut cetak, tart gulung, lasagna sheet, kuetiaw, meehoon, maruku , semperit, dahlia dan macam-macam lagi.
Kali ini nak share resepi mee kunyit:
Bahan-bahannya :
1/2kg tepung gandum
200 ml ceair- ini ikut kreaktiviti masing-masing. ceair itu boleh terdiri air kunyit, telur campur air atau guna air bayam atau carrot. Yang penting ukuran cecair btul iaitu 200ml
1 sudu kecil garam
Buat mee guna mesin ini, tidak perlu guna air abu atau apa-apa bahan kimia.
Caranya :
1. masukkan bahan kering ke dalam bekas pengadun mesin falcon. Kemudian adun dan campurkan cecair perlahan-lahan. Biar pengadun on selama 1-2 minit.
2. Selepas 1-2 minit, stopkan fungsi mengadun dan pasang fungsi extruded. Tengok apa yang keluar....
Semua adunan dan menjadi mee.
Kan senang, cuma tunggu mee keluar dan gunting ikut panjang yang kita kehendaki . Setelah semua adunan bertukar menjadi mee, rebuskan mee ini. Bila mee masak, ia akan timbul. Lupa nak ambil gambar.
Toskan dan lumur dengan minyak supaya mee tersebut tidak lekat.
Sangat -sangat berbaloi untuk membeli mesin ini.
Walau dimana anda berada, anda boleh menghubungi saya jika ingin memiliki mesin ini.
Harga mesin RM1060
Untuk semenanjung, penghantaran adalah RM30
Untuk sabah dan Sarawak, caj penghantaran adalah RM200.
No comments:
Post a Comment