TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Friday, March 13, 2015

Kek Keju ala New York Cheese Cake Step By Step

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Lama juga tak post aktiviti di sini. Kadang-kadang malas nak tulis resepi, tulah post kat fb ishah bakery. Kalau nak ikut perkembangan saya, bolehlah like fb ishah bakery .. Sorry promo sekejap.

Hari ini ada kawan yang teringin nak makan New York Cheese kek. Macam biasalah zaman digital ni, maklumat di hujung cari..tanyalah Encik Google hehe. Banyak resepi ada, pilih punya pilih, saya tertarik dengan resepi yang satu ni spicesjourney.blogspot.

Resepi nampak simple dan gambar nampak sedap. betullah kata orang, kalau nak jamu orang, jamu matanya dulu hehe.

Tapi gambar yang saya ambik..memang kalau orang tengok pun tak terliur huhu. Tak apa, saya nak share tentang resepi yang saya dah cuba saja.




Kek ni memang menjadi, bagi orang tak suka rasa cheese nya padat, boleh guna respi ini. Tapi kalau orang yang suka rasa cheese nya pure, jangan guna resepi ni.
Cheese cake ini tekturnya antara padat dan spongy. Personally saya tak berapa suka, tapi ada kawan-kawan yang suka.
Nak tau anda suka atau tak, bolehlah cuba dan komen kat sini.

STEP 1: sediakan bahan dibawah

Adunan ni cukup unuk acuan bersaiz 6 inci.

Bahan-bahannya :
Bahan A- base
50 gm biskut marrie
10 gm nestum
50 gm butter

Bahan B:
3 biji putih telur
30 gm gula kastor
12 sudu teh cream of tatar

Bahan c :
250gm cream cheese
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
30 gm tepung jagung
2 sudu besar yorgurt (saya guna 100ml whip cream)
1 sudu besar lemon jus(saya guna oren sunquick)
1/2 sudu teh vanilla


STEP 2:
Sediakan Base:
Hancurkan biskut dan nestum , samada nak tumbuk atau masuk dalam pengisar. Tak perlu halus sangat. masukkan sekali dengan gula jika mengguna pengisar.
Masukkan butter yang dah dicair dalam serbuk yang dan ditumbuk tadi. Gaulkan dan tekan dalam acuan dan masukkan acuan tersebut dalam peti sejuk. Boleh bakarkan selama 10 minit dah sejuk  s masuk ke  dalam peti sejuk.
Saya yang nak cepat ini, lepas tekan ke dalam acuan, terus masuk dalam peti sejuk.

STEP 3:
Adunan C;
pukul cream chesse hingga lembut. Pastikan tiada ketulan keju. kemudian masukkan gula kastor, pukul lagi.Masukkan kuning telur,pukul lagi dan  bahan-bahan lain satu persatu dan pukulkan adunan. Pastikan adunan halus tanpa ketulan. Biarkan ke tepi sebentar.

STEP 4 :
Adunan B;
Pukul putih telur sehingga sedikit berbuih, masukkan cream of tatar.  Pukul sekejap lagi, masukkan gula dan pukul hingga adunan ringan atau bertanduk .

STEP 5:
Setelah itu, masukkan adunan C ke dalam adunan B dan gaul hingga rata.

STEP 6 :
Kemudian masukkan ke dalam acuan yang ada adunan base tadi. Ratakan adunan.

STEP 7 :
Bakar dengan mengguna kaedah water bath untuk mengelakkan kek keju kita terbakar dan tak masak sempurna.

Setelah masak  simpan  dalam peti sejuk , hidang the next day atau selepas 4 jam.
Sedap dimakan ketika sejuk.

Selamat mencuba..






No comments:

Post a Comment